Hijrah

Mei 19, 2010 Tinggalkan komen

Saya dah berpindah! Sila lawati —> http://aiskacang2.blogspot.com/

See you there!

Kategori:Uncategorized

Memento of The Road

Mei 18, 2010 1 komen

For the sake of tears and joys that we’ve been through.

For the sake of knowledge and experience that we’ve been learn together.

For the sake of bonds and friendship that we’ve been tied all along.

I will always be proud of what we are.

I will always be proud of our victories.

I will always be proud of our failures.

They all bring happiness and sweet memories deep into my heart.

The journey that I will not forgot for the rest of my life.

The journey that no other journey will cherish me as it has.

To leave is not to forget.

To quit is not to untie the bonds.

To take another road does not mean to be separated.

My passion, my love and my wish will always be there.

How could I forget such moments?

So much tears, too much laughter, adrenaline rush, exciting moments and the thought of fear and failure.

The road we’ve been taken all this while that has united us.

We’ve been together.

My passion for the road and for you will always be the same.

I’m quitting only the road.

p/s: what a life…  T_T

Gila

Mei 6, 2010 Tinggalkan komen

Dah lama gilakan mereka. Tapi jadi lebih gila sejak dapat memuat turun video-video mereka. Variety Spirit!

p/s: jom gelak sampai menanges!

Kategori:Uncategorized

Bila-bila suka 2

April 26, 2010 Tinggalkan komen

Listening to Maher Zain’s songs.

New playlist.

>> Thank You ALLAH

>> Hold My Hand

>> For The Rest Of My Life

p/s: suke3!

Kategori:Hariku, pedoman

Aku buhsan

April 12, 2010 Tinggalkan komen

Waktu aku post ni dah tak marah dah. Lagi-lagi teringat lawak Antartika tarik zip beg aku hari tu…Ingat kena samun!  T_T   Tapi dalam ofis…rupa-rupanya Kapten main-main dengan zip beg aku…haha. Hari Khamis tu je yg rasa panas semacam sampai tertulis entri ni. Alang-alang dah tulis…publish je la… >_<

*********************************************************************************************************

Aku buhsan.

Translation:  Aku tengah bosan.

Keamatan. Kesangatan. Paling. Yang teramat sangat.

>_<

Geram. Gagaga…bunyi mengetap gigi dalam hati.

Selasa

‘Boleh join x gotong-royong perdana minggu ni kat Kerteh?’

‘Bila?’

‘Jumaat dan Sabtu. Jangan risau..kitorang akan jaga korang..’

‘Maaf encik, saya nak balik…dah beli tiket pon…’ ~muka seposen~

‘Itu la budak-budak sekarang ni….bla3…….’

Senyum kat luar ngan dalam hati skali tau! Think positive! Takpe…lepas ni makan rojak yang cucur dia rangup tuh…heheh

Rabu

Lalu depan pejabat.

‘Ini la budak-budak yang tak jadi pergi gotong-royong tu…’

~~~MOTIFFFFFFFFFFFFFFFFFF?????????????????????????????~~~

Senyum kat bibir je.  Elders deserve respect.

Khamis

‘Orang tu kan nak balek….sebab tu tak dapat pegi gotong-royong………’

No more smiles. What the heck?

p/s: bengang

*********************************************************************************************************

Sekian cerita basi…hehe

Kategori:emosi, Kanvasku

Ustaz Husin

April 7, 2010 Tinggalkan komen

Tiba-tiba teringat kat Ustaz Husin. Warden Aspura dan Aspuri SMA AL-WOSTO. Mungkin juga sebab ‘terserempak’ dengan gambar aku waktu sekolah di FB.

********************************************************************************************************* Bercermin mata, berbingkai hitam penuh, berjalan laju dan rotan di sisi. Perkara yang melekat dalam otak aku tentang Ustaz Husin. Tinggi lampai orangnya. Susah nak tengok Ustaz Husin senyum. Ustaz Husin senyum pun kat budak duk kat luar je. Budak asrama? Tunggu bulan jatuh ke riba la…

Garang. Itu budak lain yang kata. Sebab Ustaz Husin tak pernah marah aku. Aku kan budak baek~ (^_~). Tapi bila Ustaz Husin marah, Ustaz Husin tak menjerit. Cuma suara Ustaz Husin tinggi. Dapat bayangkan tak? Budak-budak Aspura selalu mengajuk Ustaz Husin. Bila Ustaz Husin depan mata….sunyi tak keluar suara! Mata je yang berkedip.

Tapi aku tak pernah rasa Ustaz Husin garang. Kalau bukan sebab Ustaz Husin, aku takkan rajin nak pergi prep awal. Waktu prep bersungguh-sungguh pulak tu belajar. Hadoi~bagos betol aku waktu muda-muda dolu..huhu.

Aku pergi prep awal bukan sebab takut kantoi dengan Ustaz Husin dan rotan Ustaz Husin. Walaupun aku tahu, jam tiga petang Ustaz Husin sudah terpacak depan Aspuri, berhampiran dengan pintu zink ala-ala pintu gerbang tu. Aku belajar sungguh-sungguh waktu prep tu bukan sebab aku takut kantoi dengan Ustaz Husin dan terjahan Ustaz Husin. Walaupun aku tahu, bila-bila masa saja kelibat Ustaz Husin akan muncul, dari tangga depan atau tangga belakang bangunan, memantau keadaan pada waktu prep.

Ustaz Husin balik lagi lewat dari kami. Keluar daripada Dewan Makan, selalu nampak Ustaz Husin berjalan laju balik ke rumah. Jam: 2.30 petang. Aku masuk kawasan asrama, tukar baju ~jubah~ (^_^) dan solat. Selalunya tepat-tepat jam 3 aku keluar dari pintu pagar Aspuri. Ustaz Husin dah ada menunggu. Aku jalan habis laju! Biar cepat sampai kelas prep. Lepas tu, Ustaz Husin akan panjat Aspura tiga tingkat tu, mengkantoikan budak-budak yang ponteng prep. Ustaz Husin akan terus meronda…selepas habis waktu prep, waktu untuk Solat Asar berjemaah, waktu untuk Solat Maghrib, prep malam dan light-off hours.

Aku belajar sungguh-sungguh waktu prep sebab…………………………………………..

Kalau aku rasa mengantuk, mesti Ustaz Husin pun rasa kan?

Kalau aku rasa tak cukup masa, mesti Ustaz Husin pun rasa kan?

Kalau aku rasa penat dan letih, mesti Ustaz Husin pun rasa kan?

Tapi…kalau Ustaz Husin boleh buat semua tu…kenapa aku tak boleh?

Sebab…

*********************************************************************************************************

‘Erk..dah pukul 3 la…kacau!!! Camne bole tetido plak ni…haiyo..nape takde orang kejut aku**segmen membebel sorang-sorang**…..’

Jam: 3.15 petang. Dup-dap. Dup-dap. Dup-dap. Keluar dari pintu zink, Ustaz Husin tegak tepi pokok. Gulp!

‘Ustaz, saya minta maaf. Tertidur tadi. Betul-betul tak sedar.’

Ustaz Husin pandang Tafsir Al-Quran yang aku pegang.

‘Buku lain tak bawak?’

‘Nak cepat tadi Ustaz, teringat Tafsir je…’

‘Yelah, cepat pergi…hafal baik-baik.’

Ustaz Husin pun tersenyum…………………………………. =)

p/s: 1. syukran jazilan ya Ustaz…

2. rasa cam budak sekolah waktu tulis entri nih..

3. terpanjang la pulak entri nih..huhu

4. apakah???

Kategori:Kanvasku

Kerja

Mac 30, 2010 2 comments

Bukan tidak ada kerja. Berpura-pura tidak ada kerja.

*Tak tahu sama ada ia dilabelkan sebagai ‘malas bekerja’ atau ‘hipokrit terhadap kerja’
**Atau pura-pura tak tahu melabel, walhal sudah jelas!

**************************************************************************

Hajat di hati minggu ini nak buat R&D dalam bengkel, tapi mesin-mesin yang digunakan untuk mengukur jisim tiada. Dengar khabarnya mesin-mesin itu sudah capai usia setahun, perlu diberi suntikan baru agar dapat menjalankan tugas dengan baik. Harap-harap kesihatan mesin-mesin itu bertambah baik dan rawatannya tidak lama. Aku doakan sentiasa.

Tersadailah aku bersama enam sekawan lain di Pusat Sumber, mahu turut serta dalam Kursus Asas Pemprosesan Ikan…minggu depan baru ia bermula.

Internet. Terkadang off. Tapi selalunya memang aku berupaya meluncur dengan lajunya melalui jalur-jalur lebar yang disediakan. Best! –Layan Pet Society kat FB, haha…pakcik kayo!!!-

Di Pet Society

Lari-lari….lama-lama rasa penat, tengok makanan…lama-lama rasa lapar…tengok pokok…lama-lama rasa nak panjat pokok…tengok kolam…lama-lama rasa nak terjun kolam sampai air tu semua keluar *bedebush* dan ikan-ikan kat dasar kolam tu semua aku kaut dan letak dalam akuarium…haha

*pemikiran sebegitu adalah tanda aku sedang menghidap penyakit bosan tahap kritikal*

Ligat cari jawapan. Nak buat apa ni?

*Pling*Pling*Pling*

Oh, salah. Itu sound effect untuk duit-duit di Pet Society.

*Pling*

Idea. Jom membaca!

Sepanjang 2010 ni, aku baru habiskan dua buah buku…Vampire Academy dan Hunger Games. Satu beli, satu pinjam. Gigih berusaha untuk menghabiskan Sophie’s World dan La Tahzan. –macam lambat lagi je nak habis-

************************************************************************

Gigih bukan aku mencari alasan untuk mengelak dari mula membuat laporan praktikal?

p/s: I’m craving for The Kite Runner and Karbala….tapi fulus semakin susut da….

Kategori:Uncategorized

BILA-BILA RASA 1

Februari 24, 2010 1 komen

Bila angin berubah ke tempat lain, rasa takut dan cuak. Teruja pun ada.

*apa la agaknya kerja aku kat sana nanti…….garang tak bos aku…huhu*

Bila sudah menjadi kebiasaan, rasa biasa-biasa sajor. Tak teruja dah.

************************************************************************

Bila ia tak seperti yang disangka, semangat yang dijulang turut terbang.

Perlu ada kekuatan untuk merubah tabiat atau habit manusia.

Bila dah lama bersarang, susah nak buang.

************************************************************************

Aku mesti gigih! Ilmu boleh dituntut dengan pelbagai cara.

Inovasi boleh datang dari pelbagai rupa dan cara.

Yakin diri!

p/s: aku minta dijauhkan dari penyakit malas berfikir

Cuai

November 30, 2009 3 comments

Selama aku hidup, aku memang tak akan lepas dari satu benda ni:

CUAI

Cuba sebut banyak kali- cuai.cuai.cuai.cuai.cuai.cuai.cuai.cuai.cuai.cuai.cuai.cuai.cuai.

Pandai orang yang cipta perkataan ni. Tak pulak aku cuai menyebut perkataan cuai dengan makhraj yang betul.

Sudah nama pun cuai, tindakan yang mengiringi cuai itu tidak pernah selari dengan kehendak aku.

Cuma, kadangkala cuai itu over. Akal aku sendiri sebagai pelaku juga tidak dapat menerimanya. Apatah lagi orang lain. Mujur juga aku masih waras, berkat sedikit iman yang tuhan kurniakan sebagai panduan dan penenang jiwa.

************************************************************************

“Stop writing and leave the exam hall now,”

Ayat yang sama diulang beberapa kali.

Buku jawapan ditutup, disusun rapi di atas meja. Bekas pensil dan slip peperiksaan juga sudah berada di genggaman. Dah berdiri pon, nak blah dah ni, tapi saat itu aku terpandangkan kad matrik yang memanggil-manggil minta diambil di penjuru meja. Boleh je kalau nak masukkan kad matrik ke dalam sarungnya sambil berdiri, tapi aku duduk balik.

OK, semua sudah selesai untuk subjek ni. Bersedia untuk keluar dewan.

Aku tarik nafas dalam-dalam.

Oleh kerana dalamnya nafas itu, ia sampai ke dalam hati aku dan telah merangsang sintesis suatu perasaan lega yang menghasilkan suatu jeritan:

Subjek F** 4*** dah habis!!!! Yeay !!!!

Sabar, ini bukan kemuncaknya, jeritan itu hanya hati yang tahu. Tiada vokal yang terlibat.

Keluar dari dewan.

Muka konfiden tak hengat. Apa-apa yang ada di tangan, semua disumbat ke dalam sarung guni yang berwarna coklat tua. (Beg aku sebenarnya)

“Fara, foodcourt jom,”

“Jom”

Dalam bas.

Bergosip dengan Wani, Alwa dan Pa’an. Bagus sangat untuk release otak yang penat. Dosa tanggung sendiri kat akhirat.

Di foodcourt.

Abang kat Suria Corner tu, tengok aku pun da tau.

“Kuetiaw goreng basah?”

“Ha’ah, bungkus ye,”

Jalan balik kolej.

Sambil jalan dok fikir nak menelaah subjek apa dulu. Esok ada dua subjek. Pagi lak tu. Gap antara dua exam…setengah jam….  “aku sayang siapa yang buat jadual exam aku”

Sampai di bilik.

Telefon bimbit aku bergetar tanpa nada suara. Bisukah? Owh, silent with vibrate.

“Hello, is this Nabihah?”

“Yes, who is this?”

“I am Dr. T, did you take the **gangguan talian**

Bosan dengan gangguan talian tersebut, aku matikan perbualan dan menelefon Dr. T kembali.

Demi mendengarkan pertanyaan Dr.T, muka aku terasa panas.

“Did you take the question and answer sheet with you?”

“No, I didn’t…I did not…why would I…wait a minute,”

Sarung guni berwarna coklat tua aku selongkar, mungkin muka aku ibarat telah direndam dengan Sudan Red ketika itu, melihatkan kertas-kertas yang aku rasa asing untuk berada di situ.

Jantung rasa nak pecah. Nasib baek rasa je. Huh.

“What should I do?”

“Send it to the faculty now” Off.

************************************************************************

Mengingatkan kembali peristiwa ini, terasa macam berlakon dalam drama Korea. Heroin dalam drama Korea kan selalu menempuh pelbagai cabaran.

Dengan pertolongan Alwa, aku hantar kertas-kertas tersebut ke fakulti. (Trauma k tengok kertas tu ada kat  tangan aku)

Sampai di fakulti, aku merayu…minta tidak dihukum. Bila diminta beri penjelasan.

“I also cannot explain this to myself,”

Aku sendiri pun tak tahu kenapa, macam mana aku nak jelaskan?

Satu sahaja. Cuai. Tapi cuai bukan penjelasan yang boleh diterima akal. Hatta akal aku sendiri pun. Aku menyumpah diri sendiri. Tapi tak lama, sebab esoknya masih ada dua paper!!!

p/s: I’d always wonder how could Sirhan Sirhan said nothing to back up himself and said that he didn’t remember anything about the assassination of Robert Kennedy even he said he was at that location at that very same time. The investigators keep asking for explanation, but he has none. I will not wonder anymore for I also doesn’t have  an explanation.

Kategori:Uncategorized

PRESENT

Oktober 16, 2009 1 komen

They say yesterday is a history.

Tomorrow is a mystery.

Today is a gift.

That’s why it is called ‘present’.

Still alive? Appreciate it.

Kategori:Uncategorized