Rumah > Kanvasku > Ustaz Husin

Ustaz Husin

Tiba-tiba teringat kat Ustaz Husin. Warden Aspura dan Aspuri SMA AL-WOSTO. Mungkin juga sebab ‘terserempak’ dengan gambar aku waktu sekolah di FB.

********************************************************************************************************* Bercermin mata, berbingkai hitam penuh, berjalan laju dan rotan di sisi. Perkara yang melekat dalam otak aku tentang Ustaz Husin. Tinggi lampai orangnya. Susah nak tengok Ustaz Husin senyum. Ustaz Husin senyum pun kat budak duk kat luar je. Budak asrama? Tunggu bulan jatuh ke riba la…

Garang. Itu budak lain yang kata. Sebab Ustaz Husin tak pernah marah aku. Aku kan budak baek~ (^_~). Tapi bila Ustaz Husin marah, Ustaz Husin tak menjerit. Cuma suara Ustaz Husin tinggi. Dapat bayangkan tak? Budak-budak Aspura selalu mengajuk Ustaz Husin. Bila Ustaz Husin depan mata….sunyi tak keluar suara! Mata je yang berkedip.

Tapi aku tak pernah rasa Ustaz Husin garang. Kalau bukan sebab Ustaz Husin, aku takkan rajin nak pergi prep awal. Waktu prep bersungguh-sungguh pulak tu belajar. Hadoi~bagos betol aku waktu muda-muda dolu..huhu.

Aku pergi prep awal bukan sebab takut kantoi dengan Ustaz Husin dan rotan Ustaz Husin. Walaupun aku tahu, jam tiga petang Ustaz Husin sudah terpacak depan Aspuri, berhampiran dengan pintu zink ala-ala pintu gerbang tu. Aku belajar sungguh-sungguh waktu prep tu bukan sebab aku takut kantoi dengan Ustaz Husin dan terjahan Ustaz Husin. Walaupun aku tahu, bila-bila masa saja kelibat Ustaz Husin akan muncul, dari tangga depan atau tangga belakang bangunan, memantau keadaan pada waktu prep.

Ustaz Husin balik lagi lewat dari kami. Keluar daripada Dewan Makan, selalu nampak Ustaz Husin berjalan laju balik ke rumah. Jam: 2.30 petang. Aku masuk kawasan asrama, tukar baju ~jubah~ (^_^) dan solat. Selalunya tepat-tepat jam 3 aku keluar dari pintu pagar Aspuri. Ustaz Husin dah ada menunggu. Aku jalan habis laju! Biar cepat sampai kelas prep. Lepas tu, Ustaz Husin akan panjat Aspura tiga tingkat tu, mengkantoikan budak-budak yang ponteng prep. Ustaz Husin akan terus meronda…selepas habis waktu prep, waktu untuk Solat Asar berjemaah, waktu untuk Solat Maghrib, prep malam dan light-off hours.

Aku belajar sungguh-sungguh waktu prep sebab…………………………………………..

Kalau aku rasa mengantuk, mesti Ustaz Husin pun rasa kan?

Kalau aku rasa tak cukup masa, mesti Ustaz Husin pun rasa kan?

Kalau aku rasa penat dan letih, mesti Ustaz Husin pun rasa kan?

Tapi…kalau Ustaz Husin boleh buat semua tu…kenapa aku tak boleh?

Sebab…

*********************************************************************************************************

‘Erk..dah pukul 3 la…kacau!!! Camne bole tetido plak ni…haiyo..nape takde orang kejut aku**segmen membebel sorang-sorang**…..’

Jam: 3.15 petang. Dup-dap. Dup-dap. Dup-dap. Keluar dari pintu zink, Ustaz Husin tegak tepi pokok. Gulp!

‘Ustaz, saya minta maaf. Tertidur tadi. Betul-betul tak sedar.’

Ustaz Husin pandang Tafsir Al-Quran yang aku pegang.

‘Buku lain tak bawak?’

‘Nak cepat tadi Ustaz, teringat Tafsir je…’

‘Yelah, cepat pergi…hafal baik-baik.’

Ustaz Husin pun tersenyum…………………………………. =)

p/s: 1. syukran jazilan ya Ustaz…

2. rasa cam budak sekolah waktu tulis entri nih..

3. terpanjang la pulak entri nih..huhu

4. apakah???

Categories: Kanvasku
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.