Bila-bila suka 2
Listening to Maher Zain’s songs.
New playlist.
>> Thank You ALLAH
>> Hold My Hand
>> For The Rest Of My Life
p/s: suke3!
Listening to Maher Zain’s songs.
New playlist.
>> Thank You ALLAH
>> Hold My Hand
>> For The Rest Of My Life
p/s: suke3!
Waktu aku post ni dah tak marah dah. Lagi-lagi teringat lawak Antartika tarik zip beg aku hari tu…Ingat kena samun! T_T Tapi dalam ofis…rupa-rupanya Kapten main-main dengan zip beg aku…haha. Hari Khamis tu je yg rasa panas semacam sampai tertulis entri ni. Alang-alang dah tulis…publish je la… >_<
*********************************************************************************************************
Aku buhsan.
Translation: Aku tengah bosan.
Keamatan. Kesangatan. Paling. Yang teramat sangat.
>_<
Geram. Gagaga…bunyi mengetap gigi dalam hati.
Selasa
‘Boleh join x gotong-royong perdana minggu ni kat Kerteh?’
‘Bila?’
‘Jumaat dan Sabtu. Jangan risau..kitorang akan jaga korang..’
‘Maaf encik, saya nak balik…dah beli tiket pon…’ ~muka seposen~
‘Itu la budak-budak sekarang ni….bla3…….’
Senyum kat luar ngan dalam hati skali tau! Think positive! Takpe…lepas ni makan rojak yang cucur dia rangup tuh…heheh
Rabu
Lalu depan pejabat.
‘Ini la budak-budak yang tak jadi pergi gotong-royong tu…’
~~~MOTIFFFFFFFFFFFFFFFFFF?????????????????????????????~~~
Senyum kat bibir je. Elders deserve respect.
Khamis
‘Orang tu kan nak balek….sebab tu tak dapat pegi gotong-royong………’
No more smiles. What the heck?
p/s: bengang
*********************************************************************************************************
Sekian cerita basi…hehe
Tiba-tiba teringat kat Ustaz Husin. Warden Aspura dan Aspuri SMA AL-WOSTO. Mungkin juga sebab ‘terserempak’ dengan gambar aku waktu sekolah di FB.
********************************************************************************************************* Bercermin mata, berbingkai hitam penuh, berjalan laju dan rotan di sisi. Perkara yang melekat dalam otak aku tentang Ustaz Husin. Tinggi lampai orangnya. Susah nak tengok Ustaz Husin senyum. Ustaz Husin senyum pun kat budak duk kat luar je. Budak asrama? Tunggu bulan jatuh ke riba la…
Garang. Itu budak lain yang kata. Sebab Ustaz Husin tak pernah marah aku. Aku kan budak baek~ (^_~). Tapi bila Ustaz Husin marah, Ustaz Husin tak menjerit. Cuma suara Ustaz Husin tinggi. Dapat bayangkan tak? Budak-budak Aspura selalu mengajuk Ustaz Husin. Bila Ustaz Husin depan mata….sunyi tak keluar suara! Mata je yang berkedip.
Tapi aku tak pernah rasa Ustaz Husin garang. Kalau bukan sebab Ustaz Husin, aku takkan rajin nak pergi prep awal. Waktu prep bersungguh-sungguh pulak tu belajar. Hadoi~bagos betol aku waktu muda-muda dolu..huhu.
Aku pergi prep awal bukan sebab takut kantoi dengan Ustaz Husin dan rotan Ustaz Husin. Walaupun aku tahu, jam tiga petang Ustaz Husin sudah terpacak depan Aspuri, berhampiran dengan pintu zink ala-ala pintu gerbang tu. Aku belajar sungguh-sungguh waktu prep tu bukan sebab aku takut kantoi dengan Ustaz Husin dan terjahan Ustaz Husin. Walaupun aku tahu, bila-bila masa saja kelibat Ustaz Husin akan muncul, dari tangga depan atau tangga belakang bangunan, memantau keadaan pada waktu prep.
Ustaz Husin balik lagi lewat dari kami. Keluar daripada Dewan Makan, selalu nampak Ustaz Husin berjalan laju balik ke rumah. Jam: 2.30 petang. Aku masuk kawasan asrama, tukar baju ~jubah~ (^_^) dan solat. Selalunya tepat-tepat jam 3 aku keluar dari pintu pagar Aspuri. Ustaz Husin dah ada menunggu. Aku jalan habis laju! Biar cepat sampai kelas prep. Lepas tu, Ustaz Husin akan panjat Aspura tiga tingkat tu, mengkantoikan budak-budak yang ponteng prep. Ustaz Husin akan terus meronda…selepas habis waktu prep, waktu untuk Solat Asar berjemaah, waktu untuk Solat Maghrib, prep malam dan light-off hours.
Aku belajar sungguh-sungguh waktu prep sebab…………………………………………..
Kalau aku rasa mengantuk, mesti Ustaz Husin pun rasa kan?
Kalau aku rasa tak cukup masa, mesti Ustaz Husin pun rasa kan?
Kalau aku rasa penat dan letih, mesti Ustaz Husin pun rasa kan?
Tapi…kalau Ustaz Husin boleh buat semua tu…kenapa aku tak boleh?
Sebab…
*********************************************************************************************************
‘Erk..dah pukul 3 la…kacau!!! Camne bole tetido plak ni…haiyo..nape takde orang kejut aku**segmen membebel sorang-sorang**…..’
Jam: 3.15 petang. Dup-dap. Dup-dap. Dup-dap. Keluar dari pintu zink, Ustaz Husin tegak tepi pokok. Gulp!
‘Ustaz, saya minta maaf. Tertidur tadi. Betul-betul tak sedar.’
Ustaz Husin pandang Tafsir Al-Quran yang aku pegang.
‘Buku lain tak bawak?’
‘Nak cepat tadi Ustaz, teringat Tafsir je…’
‘Yelah, cepat pergi…hafal baik-baik.’
Ustaz Husin pun tersenyum…………………………………. =)
p/s: 1. syukran jazilan ya Ustaz…
2. rasa cam budak sekolah waktu tulis entri nih..
3. terpanjang la pulak entri nih..huhu
4. apakah???
Mereka yang sudi singgah