Rumah > Uncategorized > Cuai

Cuai

Selama aku hidup, aku memang tak akan lepas dari satu benda ni:

CUAI

Cuba sebut banyak kali- cuai.cuai.cuai.cuai.cuai.cuai.cuai.cuai.cuai.cuai.cuai.cuai.cuai.

Pandai orang yang cipta perkataan ni. Tak pulak aku cuai menyebut perkataan cuai dengan makhraj yang betul.

Sudah nama pun cuai, tindakan yang mengiringi cuai itu tidak pernah selari dengan kehendak aku.

Cuma, kadangkala cuai itu over. Akal aku sendiri sebagai pelaku juga tidak dapat menerimanya. Apatah lagi orang lain. Mujur juga aku masih waras, berkat sedikit iman yang tuhan kurniakan sebagai panduan dan penenang jiwa.

************************************************************************

“Stop writing and leave the exam hall now,”

Ayat yang sama diulang beberapa kali.

Buku jawapan ditutup, disusun rapi di atas meja. Bekas pensil dan slip peperiksaan juga sudah berada di genggaman. Dah berdiri pon, nak blah dah ni, tapi saat itu aku terpandangkan kad matrik yang memanggil-manggil minta diambil di penjuru meja. Boleh je kalau nak masukkan kad matrik ke dalam sarungnya sambil berdiri, tapi aku duduk balik.

OK, semua sudah selesai untuk subjek ni. Bersedia untuk keluar dewan.

Aku tarik nafas dalam-dalam.

Oleh kerana dalamnya nafas itu, ia sampai ke dalam hati aku dan telah merangsang sintesis suatu perasaan lega yang menghasilkan suatu jeritan:

Subjek F** 4*** dah habis!!!! Yeay !!!!

Sabar, ini bukan kemuncaknya, jeritan itu hanya hati yang tahu. Tiada vokal yang terlibat.

Keluar dari dewan.

Muka konfiden tak hengat. Apa-apa yang ada di tangan, semua disumbat ke dalam sarung guni yang berwarna coklat tua. (Beg aku sebenarnya)

“Fara, foodcourt jom,”

“Jom”

Dalam bas.

Bergosip dengan Wani, Alwa dan Pa’an. Bagus sangat untuk release otak yang penat. Dosa tanggung sendiri kat akhirat.

Di foodcourt.

Abang kat Suria Corner tu, tengok aku pun da tau.

“Kuetiaw goreng basah?”

“Ha’ah, bungkus ye,”

Jalan balik kolej.

Sambil jalan dok fikir nak menelaah subjek apa dulu. Esok ada dua subjek. Pagi lak tu. Gap antara dua exam…setengah jam….  “aku sayang siapa yang buat jadual exam aku”

Sampai di bilik.

Telefon bimbit aku bergetar tanpa nada suara. Bisukah? Owh, silent with vibrate.

“Hello, is this Nabihah?”

“Yes, who is this?”

“I am Dr. T, did you take the **gangguan talian**

Bosan dengan gangguan talian tersebut, aku matikan perbualan dan menelefon Dr. T kembali.

Demi mendengarkan pertanyaan Dr.T, muka aku terasa panas.

“Did you take the question and answer sheet with you?”

“No, I didn’t…I did not…why would I…wait a minute,”

Sarung guni berwarna coklat tua aku selongkar, mungkin muka aku ibarat telah direndam dengan Sudan Red ketika itu, melihatkan kertas-kertas yang aku rasa asing untuk berada di situ.

Jantung rasa nak pecah. Nasib baek rasa je. Huh.

“What should I do?”

“Send it to the faculty now” Off.

************************************************************************

Mengingatkan kembali peristiwa ini, terasa macam berlakon dalam drama Korea. Heroin dalam drama Korea kan selalu menempuh pelbagai cabaran.

Dengan pertolongan Alwa, aku hantar kertas-kertas tersebut ke fakulti. (Trauma k tengok kertas tu ada kat  tangan aku)

Sampai di fakulti, aku merayu…minta tidak dihukum. Bila diminta beri penjelasan.

“I also cannot explain this to myself,”

Aku sendiri pun tak tahu kenapa, macam mana aku nak jelaskan?

Satu sahaja. Cuai. Tapi cuai bukan penjelasan yang boleh diterima akal. Hatta akal aku sendiri pun. Aku menyumpah diri sendiri. Tapi tak lama, sebab esoknya masih ada dua paper!!!

p/s: I’d always wonder how could Sirhan Sirhan said nothing to back up himself and said that he didn’t remember anything about the assassination of Robert Kennedy even he said he was at that location at that very same time. The investigators keep asking for explanation, but he has none. I will not wonder anymore for I also doesn’t have  an explanation.

Categories: Uncategorized
  1. Disember 1, 2009 at 1:16 am | #1

    jgn verangan pelakon korea ok!!
    apapun..selayaknya kamu sbb cuai…

    ape salahnye…bukan kene bayar pon kalo aku verangan…..ayat yg bwh tu x paham..huhu

  2. BOBO
    Disember 1, 2009 at 11:03 am | #2

    Nice.. Abg suka sgt baca cerita nie!!!! Mudah, sempoi and best!!!

    Cuma cuai tu tak leh nak kata pe ar. Have to note that the serious thing when you sit for exam..dun worry, berdoa byk2 k.

    Gaya penceritaan biha macam sebuah novel aa+bb hlovate..

    ok, all the best!

    huhu…doakan ye…ngak mau mngulang exam..huhu…
    p/s: aa+bb hlovate tu ape?

  3. Disember 10, 2009 at 3:19 pm | #3

    aslmkum…
    bawak balik ketas exam ngn jawapan? mantoop!!
    takde pengawas yg tanya b4 kuar dewan ek? hehe,pngalaman mngajar kite.=)

    waalaikumussalam…
    huhu…honest misatake….yes..we learn from mistake..

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.