They say yesterday is a history.
Tomorrow is a mystery.
Today is a gift.
That’s why it is called ‘present’.
Still alive? Appreciate it.
16 Okt
They say yesterday is a history.
Tomorrow is a mystery.
Today is a gift.
That’s why it is called ‘present’.
Still alive? Appreciate it.
10 Sep
Alkisah di sebuah negeri bernama Lenovo yang diperintah oleh seorang ratu yang dirahsiakan namanya. Adapun negeri tersebut mengalami masalah yang sangat dasyat. Seringkali Sang Ratu pening kepala dengan masalah yang menimpa negeri kesayangannya. Masakan tidak, penderhaka-penderhaka bermaharajalela di negerinya. Tiada ingin di hati mereka untuk menurut perintah Sang Ratu hingga kebanyakan urusan kerajaan negeri menjadi lembab dan tergendala. Adapun penderhaka-penderhaka tersebut bernama Trojan, Worm dan sebagainya.
Beberapa purnama sebelum penderhaka-penderhaka durjana itu mula menunjukkan taringnya, Sang Ratu telah mengupah algojo-algojo yang gagah perkasa dari golongan kaum NOD32 Eset untuk menjaga keamanan pemerintahannya. Selepas beberapa purnama, algojo-algojo tersebut menghadap sembah meminta agar Sang Ratu menaikkan gaji mereka daripada Gred Free Trial ke Gred Buy With $$$$. Tiadalah Sang Ratu mampu memenuhi permintaan mereka.
Maka bergegar negeri Lenovo tersebut mendengar perkhabaran dari istana bahawa Sang Ratu sedang mencari algojo-algojo yang mantap dan tegap untuk menjaga kemaslahatan rakyatnya. Dari kaum Avira, Avast dan Karpersky tiadalah khabar gembira yang diperoleh. Adapun mereka hanya memberi janji palsu, ketika sampai waktu untuk melaksanakan kewajipan, alasan mereka ‘File Is Broken During Download/File Download Is Incomplete’. Peluang keemasan ini tiada dibuang oleh penderhaka dan pengkhianat negeri. Menabur fitnah dan menghasut rakyat jelata tidak kira masa dan ketika.
Di dalam kekalutan yang melanda, Sang Ratu masih tidak putus asa. Pelbagai jalan dan ikhtiar cuba difikirkan. Maka terfikirlah oleh Sang Ratu yang pintar itu [hehehe (^_^)] akan cara yang boleh ia perbuatkan. Pertama, mengosongkan segala isi yang ada dalam negeri tersebut yakni membina kerajaan baru. Kedua, mengupah pahlawan AVG yang terkenal hebat dan cemerlang itu. Setelah merisik khabar akan keadaan pahlawan tersebut, perjanjian antara Sang Ratu dan pahlawan AVG termeterai.
Tiadalah terkata gembiranya hati Sang Ratu bila melihat pahlawan AVG menggunakan teknik ActionCarmen+SuperSaiya tika menghapuskan pengkhianat-pengkhianat tersebut. Terlungkup dan terlentang kesemua pengkhianat tiada lagi berdaya. Adapun dalam keseronokan tersebut, Sang Ratu dikejutkan oleh khabar berita daripada pemerintah negeri jiran, Ratu Fara, yang disampaikan oleh Bendahara W395. Ratu Fara mengingatkan akan undangan keraian di utara semenanjung, bernama Balai Ilmu. Dek kerana jarak yang tiada tara jauhnya antara Balai Ilmu dengan Lenovo, maka berangkatlah Sang Ratu dengan segera ke sana.
Terputuslah sebentar hubungan Sang Ratu dengan pahlawan AVG tersebut. Adapun pahlawan AVG yang rupa-rupanya menaruh hati kepada Sang Ratu merajuklah ia bila ditinggalkan sebegitu rupa. Sekarang, di saat dan waktu ini, Sang Ratu tiadalah kerja lain selain memujuk AVG untuk kembali membantunya. Doakan Sang Ratu berjaya!!
p/s:lambatnya download…cepat la…huhu
3 Sep



They say a picture is worth a thousand words.
There are already THREE THOUSAND WORDS in this entry.
P/s: ambiguous?
31 Ogo
Allah s.w.t. berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar akan dibalas pahalanya tanpa perhitungan.”
(Surah Az-Zumar : 10)
“Pada sebahagian malam, bersembahyang tahjudlah kamu sebagai ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
(Surah Al-Isra’ : 79)
p/s:usah lepaskn peluang mencari ‘malam’ itu….
31 Ogo
rasa yang menyesakkan dada
Bercampur-Baur Menjadi Resah
keliru dan buntu
Dalam Mengertikan Perasaan Dan Tindakan
keras hati menolak, makin keras jua hati ingin menerima
Apa Perasaan Yang Bergelodak Di Dada
hingga iri yang kunjung tiba
Sesungguhnya Aku Jua Sukar Menafsirkannya…..
p/s: sudeyh!!! tetibe…..huhu
25 Ogo
I
Perubahan itu perlu. Ke arah positif pastinya. Persoalan yang bermain ; gagahkah menghimpun kekuatan untuk melaksanakan perubahan?
Menurut sebuah penulisan; kekuatan untuk melaksanakan sesuatu perbuatan yang baik menjadi tanda kekuatan iman.
Mereka yang beriman, tidak berfikir sahaja, tetapi melaksanakannya.
Terus-terang, acapkali cuma fikiran yang berputar ligat, bukan jasad.
Meneliti tahap keimanan, perlukan keikhlasan.
Bagaimana hendak dicari keikhlasan? Petunjuk dan hidayah dipohon dari yang Esa.
II
Perasaan itu lahir secara semula jadi mengikut fitrah dan hukum alam.
Apa yang membezakan manusia?
Keupayaan untuk meletakkan rasional di atas segala perasaan yang berkecamuk di dada.
Harapan; biar iman dan akal menjadi teras tingkahlaku.
III
Mencari formula untuk membawa mereka berasa dekat dengan apa yang disampaikan.
Ikhlas itu perlu dicari dahulu.
p/s: perlu rasional, 1st thing 1st…….dogaan betol la…huhu
11 Ogo
Di suatu kawasan yang memang sudah jadi kebiasaan bagi Si Celik.
Suatu kawasan baru buat Si Buta.
Si Buta melanggar batu, rebah ke tanah. Beritahu Si Celik, kamu rebah melanggar batu. Si Buta marah, kenapa tak dikhabarkan lebih awal? Kata Si Celik, kamu tidak ingin bertanya sebelum itu, sedang kamu tahu aku arif selok-belok kawasan ini.
…………akan bersambung………….
p/s: ntah ye tidak akan bersambung….huhu
6 Ogo
I
Malam 15 Syaaban 1430 Hijrah. Di dalam keriuhan manusia yang menunaikan tanggungjawab pada kejayaan dunia. Satu panggilan. Nombornya tidak ku kenali. Sebaik terdengar suaranya…aku kenal siapa dia…
Soalnya, ingatkah aku akan tarikh keramat ini?
Tersentak, ‘Nisfu Syaaban..’ jawabku..
Ironiknya…nun yang jauh di mata dan manusia yang seorang itu yang mengingatkan aku dalam ramainya manusia di sekelilingku…
II
6-8 Ogos 2009, Food Fair UPM 2009. Aku salah seorang ajk. Makanan percuma suatu kemestian di karnival makanan.
Ironiknya, tak mungkin dapat aku menjamahnya…hingga terbenam matahari di ufuk barat…
**hidup bukan utk selama-lamanya..beringat2 la ye…
***ayat aku puitis siot dlm entri neyh..huhu
9 Jul
4 semesters to go. This is it. Now or never.
It’s not that I cannot think properly. I just can’t let it go. It is too late to let go. Now I will give all my trust and faith to my future wisdom to make decisions. Which one to choose…between THE TWO.
p/s: I really hope that there will be a solution.
Mereka yang sudi singgah